Subscribe:

September 30, 2010

Perempuan yang takut pacat, dirinya sungguh comel..







Pacat dan lintah adalah spesis yang lebih kurang sama je. Kau tentu kenal dua spesis makhluk ni. Ciri cirinya adalah makhluk penghisap darah, dan habitatnya di semak atau di kolam. Lintah lebih panjang dari pacat.

Aku mula berpindah di kawasan kampung, bermula aku darjah tiga, sehingga d tingkatan satu (duk asrama). Makna nya, aku menghabiskan 4 tahun sebagai 'kampung boy'. Walaupun aku tak lasak seperti budak lain, sekurang kurangnya aku telah merasai suasana begini. Aku juga kebal terhadap pacat, lintah dan serangga lain. Bukan kebal tak lut, tapi kebal tidak ada feel takut.

Aku hairan, kenapa perempuan takutkan pacat?

Sekarang, sorang sepupu perempuan aku akan terjerit jerit takut pacat. Padahal masa kecik dia selamba je pegang pacat tu dengan tangan. Siap gentel lagi pacat tu masa dia kecik. Bukan apa, cuma aku merasa curiga. Aku mengagak perasaan geli terhadap pacat dalam hati seorang perempuan ni sengaja dibuat-buat. Berpura pura takutkan pacat, padahal tak takut pun. Sifat ni kelihatan sungguh feminin, jadi dengan berpura pura takutkan pacat, si gadis rasakan dirinya sungguh ayu.

Kesimpulannya, perempuan terasa dirinya sungguh comel jika takutkan pacat..haha..



September 27, 2010

Genting dan cara terbaik untuk bersedekah


Esok saya ke Genting. Ini kali pertama saya ke Genting, sebelum ni melihat saja dari lebuhraya. Nampak menarik bangunan warnawarni, tapi belum tentu menarik. Buah hati saya pernah tunjuk gambar dia dan kawan ketika di Genting. Excited sungguh dia. Dia dah la jenis keanakanakan. Nampak comel sungguh. haha

Minggu depan saya akan ke Thailand pula. Wah, padat sungguh jadual saya. Saya tak ada duit yang cukup, sedikit sebanyak akan ganggu mode saya. Tapi saya teringin juga cari sedikit cenderamata untuk rakan rakan. Classmate saya ada 20 orang, kalau cari keychain rega 40bath (RM4) dah kos saya RM80. Wah, saya kena cari sponsor ni.

Apa pun, saya menaip ni dalam mode Genting. Kalau saya meninggal dunia dalam masa terdekat, tak menyesal dah. Hehe. peace.
--------------------

Cara terbaik untuk bersedekah



Pensyarah saya, Prof Emiritus Dato Nawi adalah seorang cendekiawan yang wise-man. Kurang pasti aku berapa umurnya, tapi dia sungguh nampak bertenaga lagi. Dalam pengajarannya, banyak dia selitkan tentang moral. Malangnya, banyak yang saya terlepas sebab ponteng. Haha.

Ada satu cerita yang saya ingat tentang beliau. Suatu hari orang bertanya, 'kenapa beliau menaiki teksi untuk ke kampus, sedangkan beliau sendiri boleh memandu, dan memiliki kereta yang lebih baik?'

Memang keretanya lebih baik, saya pasti gajinya sangat mahal. Beliau seorang profesor emiritus.

Prof. Dato' Nawi jawab – saya nak tolong kawan lama saya. Seorang kawan lama saya bekerja membawa teksi. Dia pernah bercerita tentang kekurangan pelanggan teksi. Saya boleh bantu dia dengan kasi saya sedekah duit, tapi cara ini akan buatkan dia rasa terhina. Jadi saya selindung sedekah saya disebalik kerja membawa saya setiap hari..'

Jawapan beliau bikin saya berfikir.

-----





September 26, 2010

Kisah mat Bangla Pengkalan Chepa (siri dua)



Gaji mat bangla ini tinggi, sekitar RM1000 sebulan. Dengan cuti sehari seminggu, tempat tinggal disediakan, itu adalah satu nilai yang sangat mahal. Wah..

Mereka mendapat gaji RM25 sehari untuk 8 jam, dan ditambah lagi dengan OT beberapa jam lagi. Jadi jumlanya RM1000 secara kasar, dengan penginapan dan cuti minggu. Jadi walaupun mereka kadang kadang jadi malas dan lembab bergerak – seringkali duduk dan melihat saja pelanggan datang mengisi minyak, sebab keletihan barangkali - namun pujian patut diberikan juga sebab mereka gigih bekerja.

Di negara mereka, gaji standard pegawai adalah 3000 Taka, atau RM 64. Jadi, sebulan bekerja di Malaysia, mereka bisa dapat 90,000 Taka, atau seumpama mereka bekerja selama 3 tahun di Bangladesh. Wah.

Ini sama macam seorang fresh graduate Malaysia mendapat RM30,000 sebulan. Wah..

Ramai mat bangla yang datang Malaysia ada ijazah dan diploma, sekurangnya. Mereka bijak dan sangat cepat belajar. Lihat saja, baru berapa bulan datang sudah pandai bahasa melayu. Berbeza dengan buruh indonesia yang datang Malaysia tanpa apa apa kelulusan, atau SMA saja.

Aku suka jika mat Bangla datang ke stesen petrol tempat aku part time. Sebabnya, selepas mengisi minyak, mereka dengan senang mengucap Terima kasih.

Sangat jarang bangsa lain mengucapkan greeting seperti itu. Aku tak perlukannya, tapi kadang kadang benda kecil begini menunjukkan peribadi si pelanggan. 

Odd pricing


Odd pricing, tak tau macam mana nak translate ayat ni ke BM. Tapi, rasanya semua orang dah tau maknanya.

Odd pricing ni, menulis harga barangan dengan harga ganjil. Jika kau selalu ke Mydin atau Giant, kau selalu akan jumpa dengan barangan dengan harga berakhir 99 atau 90. Contoh, satu pak sabun Dettol dijual dengan harga RM4.90.

Benda ni juga kononnya permainan psikologi untuk membuatkan barang nampak murah. Tapi bagi aku benda ni annoy. Kononnya, bila kita beli satu barang beharga RM4.90, kita akan nampak seolah oleh barang tu beharga RM4. Padahal barang tu sebenarnya kalau dibundarkan menjadi beharga Rm lima. Jadi pelanggan akan tak rasa benda tu harga mahal, cool je beli barang tu tanpa rasa terkilan.

Bagi aku lain, benda ni salah. Dan memang salah pun tanggapan ni. Kebanyakan penyelidikan tentang oddpricing ni membuktikan kesan oddpricing sangat sikit dalam jualan barangan. Kebanyakan pegguna susah nak keliru dengan benda ni sebab dh set dalam otak, bundarkan harga ke nilai lebih tinggi. Jadi maknanya pekedai telah membuat satu kerja yang siasia.

Apa pendapat kamu.


 [2] Scientific American Why Things Cost $19.95, What are the psychological bartering?

September 25, 2010

Malaysia di mata dunia (siri satu).






Dalam sebuah buku, aku terbaca tentang satu fakta yang menarik. Fakta itu menyebut, pada zaman kegemilangan Melayu Melaka, 
kerajaan Sultan Mansur Syah berjaya memajukan perdagangan sehingga menguasai lebih 1 peratus GDP dunia. Sultan Mansur Syah (1456-1477) adalah suami kepada Puteri Hang Li Po.

Manakala kerajaan bapa mertua baginda, lebih hebat lagi. Kerajaan Ming China pada masa tu menguasai sehingga 32 peratus nilai pasaran barangan/pekhidmatan dunia.

Secara mudah, kamu boleh tafsirkan GDP sebagai nilai pasaran barangan/pekhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun. GDP seluruh dunia pada tahun lepas keseluruhannya bernilai USD 58 Trillion.

EkonomChina PRC sekarang adalah USD 4.9 Trillion, manakala ekonomi Malaysia (pewaris Melaka) adalah sekitar USD 0.19 Trillion.

USD 0.19 Trillion yang dicapai Malaysia pada hari ini cuma bernilai lebih kurang 1/3 dari apa yang dihasilkan oleh nenek moyang kita dulu, kesultanan Melaka. Nenek moyang kita dulu menghasilkan GDP USD0.58 Trillion nilai hari ini, kalau diunjurkan secara kasar.

Ouch.. malaysia sangat kerdil sekarang.

---------------------------
Pembetulan

Saya rasa saya patut menambah RM 0.177 T lagi dalam akaun waris Empayar Melaka.

Cara untuk menjadi kurus tanpa diet

                       



Jika kau perasan, biasanya kedai makan dan restoran yang besar besar akan menggunakan warna tema merah kuning dalam restorannya. Contohnya, KFC guna warna merah dan putih manakala McD guna warna Kuning untuk golden archnya.

Dulu aku ingat benda ni kebetulan. Sekadar penyeri kedai. Tapi sekarang baru aku tau warna tu sebenarnya mempengaruhi selera makan kau.

Warna merah merangsang nafsu makan kau. Jadi kau rasakan makanan itu sentiasa rasa mahu makan lagi walaupun kau sudah makan 3 ketul ayam dinner plate KFC. Rasa sentiasa tidak cukup, walaupun perut sebenarnya dah kenyang. Begitu juga warna kuning, memainkan psikologi pelanggan dengan memilih warna sebegini untuk tema kedai. Sebab tu jugak agaknya kenapa banyak kuih kuih melayu bewarna kuning atau merah.

Sebaliknya pula dengan warna biru. Biru pula akan merencatkan selera kau.

Di Jepun, saintis telah mencipta satu spec yang bewarna biru, khas untuk diet (tengok atas). Jadi, pengguna yang mahu diet perlu memakai spec tu tiap kali ke restoran. Memakai spec ni akan menyebabkan kau melihat makanan bewarna biru, terus menyebabkan selera kau terencat. Ni semua permainan psikologi.

Cerdik punya jepun. haha.


September 24, 2010

iTunes 10 sudah keluar.



iTunes 10 sudah keluar. Jika kau pengguna Microsoft Windows, aku nasihatkan kau muat turunnya sekarang. Mesti tidak menyesal. Perisaian ini berfungsi sebagai pemain muzik dan mengurus fail muzik. 

Fungsi iTunes hampir sama dengan Winamp, Rhytmbox atau AIMP. Ia sangat sesuai untuk Window XP, Vista atau Windows 7.




Klik sini untuk muat turun.

September 23, 2010

Sophon tu apa?




Jika kau orang Siam, atau kau biasa dengan orang Siam.. kau tentu biasa dengan nama Sophon. Nama ni digunakan oleh dua dua jantina, lelaki dan perempuan. Kamu juga tentu sudah biasa dengan nama ahli korporat Thailand, Senator Naisophon Supapong, pengerusi Bangchak Petroleum. 

Dalam sesetengah keadaan, aku akan menambah perkataan Nai (No Aa Yo) di depan nama aku. Makna Nai setara dengan penggunaan perkataan Mr dalam BI.  Jadi apabila dicantum, ia disebut sebagai 'Naisophon'.

Aku acapkali guna nama Sophon ketika di internet. Sophon (โสภณ)bermaksud Nur dalam bahasa Arabia. Atau cahya dalam bahasa sanskrit. Ia makna yang baik, jadi aku sukakan nama ini.

Ada mau tanya?







September 22, 2010

Bijaknya Pak Pandir


(c)gambar hiasan





Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata “Bentuk macam taik.” Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, “Lembik macam taik.” Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, “Bau macam taik.” Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…
MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!”









Apa font kegemaran kamu?



Jika kau perasan, sebenarnya tiap kali pensyarah kasi assignment, dia awal-awal lagi sudah wajibkan semua student pakai 'Times New Roman' dan tulisan saiz 12. Tapi aku tak patuhi sangat arahan tu. Sebab Times New Roman tak cantik, nampak macam tulisan surat khabar lama je.

Faveret font aku adalah font verdana. Tulisannya gemuk-gemuk, nampak subur saja. Hehe. Biasanya setiap kali menaip, aku akan menggunakan font verdana, saiz 10, warna 70 peratus black.

Font pilihan aku yang lain, macam arial, calibri dengan lucida sans unicode. Dulu aku suka Comic Sans tapi sekarang aku tak suka dah. Nampak budak budak.

Ilmu bentuk font ni dinamakan Typography. Nampak remeh bentuk font ni. Tapi kalau kau pengusaha bahan bercetak, pemilihan font yang baik sangat sangat memberi kesan pada kemajuan bisnes kamu.

Satu sebab kenapa majalah Ujang lebih popular dari majalah Gila-Gila mungkin sebab perbezaan font. Gila-gila menggunakan tulisan uppercase semua, jadi nak baca pun sakit mata.

Berbeza dengan Ujang, majalah lawak antarabangsa ni guna tulisan uppercase. Nak baca pun sedap, tak sakit mata beb..

Aku pun peminat Ujang sebenarnya.

Tapi sekarang Ujang dah bertambah mahal.. RM5.90. uhuhh..

September 21, 2010

Aku juga gemar meggi dong..





Aku selalu ditakutkan olih guru guru dan asatizah yang memakan megi bisa melemahkan otak. Dan amaran ini bermula semenjak aku enam atau tujuh tahun lagi, dan sering diulang ulang selama lamanya.

Walaubagaimanapun, aku tetap makan megi tersebut. Walau dalam hati ada sikit perasaan takut.

Kemudian, mitos ini terpadam gara gara satu kisah. aku teringat cerita zaman matrikulasi dulu – seorang penyarah menyebut bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad, menggemari amat makan maggi. Maggi kegemaran Tun adalah perisa asam laksa.

Kenyataan ini menyebabkan aku tidak lagi takut memakan meggi sehigga kini. Buat masa sekarang, meggi menjadi sebahagian dari hidup. Harganya murah, bersih dan berkhasiat. Setiap bungkus meggi membekalkan 9 gram protein, yang baik amat untuk otak.
Hehehhe..alasan yang sangat cerdik.




Ps : Style makan Tun.M adalah berpada-pada. Apabila makan megi, beliau akan menghirup sedikit kuah dan merasa sikit mi. Sekadar untuk mengambil selera saja.

September 20, 2010

Apa filem paling kamu suka?








(c) Mamat Khalid @ Tempurung Pecah





Pertama, aku suka filem Aziz M. Osman. Sebab cerita dia lain. Aku membesar tahun 90-an dengan filem macam XX-Ray. Klasik weh cerita dia. Kisah mamat ni jumpa tahi bintang, then balik ke zaman Hang Tuah. Cerita tak logik gini memang aku suka. Haha.

Aku juga suka semua filem Senario. Jalan cerita dia kemas dan rapi. Cerita dia pulak takda lah rumit sangat, senang difaham. Background dia tipikal, sebab latarbelakang kehidupan rakyat bawahan.

Ketiga, aku suka filem arahan U-wei Saari dan Mamat Khalid. Bukan suka ceritanya, tapi suka jalan ceritanya. Filem arahan mereka jarang pasal isu mainstream, kadang kadang dia buat cerita based isu yang tak pernah kia fikir pun. Macam Jogho, Estet, Tika Malam Bulan Mengambang. Macam mana tau dia dapat idea. Idea yang bagus yang tak pernah orang fikir. Lebih pada experimental, dan tak takut filem tak laku. Kalau U-wei Saari, Mamat Khalid ni orang Amerika, aku yakin berjuta-juta-juta anugrah dia bolot neh. Manusia genius.



--------------------


Keempat, aku tak suka cerita Yusuf Haslam. Juga filem anak dia Faizal Yusuf. Sebab semua filem anak beranak ni macam berada di kayangan – terlalu ramai pelakon jelita dan tampan. Jadi perasaan menonton filem dia tu hilang, sebab tak seimbang. Rasa tak logik dan perasaan diperbodohkan. Gadis cantik, apabila dikelilingi orang tampan ini sama macam peribahasa – bagai bulan dipagar bintang. Aku berada di bumi weh... Jadi meletakkan terlalu ramai pelakon cantik juga bisa mencacatkan filem itu. Ini pendapat aku laa.


September 19, 2010

You simpan janggut , so kamu tak dapat duit raya..






Raya tempat aku ni biasa saja. Tak ada bakar lemang, tak ada kacau dodol pun. Masak ketupat pun tak ada, walaupun ketupat tu macam dah jadi simbolik raya. Jadi apa yang aku lihat dalam TV tu, semua macam bohong saja weh.

Pasal beraya pun, aku dah tinggal di kawasan kampung, dekat rumah nenek aku. Jadi, bila saja raya semua sanak sedara datang, tak payah risau.

Entah laa. Aku tak teruja sangat apabila aidilifitri sebenarnya. Aku lebih suka raya Aidil Adha. Sebab kalau aidiladha aku ada peranan, aku bisa bantu lapah binatang kurban. Dapat jugak aku upah lapah daging, dua kg daging dah cukup buat satay. Haha. Tapi kalau time aidilfitri, aku jadi kaku saja. Tak pegi raya sangat, kecuali jika ada orang ajak beraya dengan dia.

Pasal duit raya – aku belum lagi sedia kasi duit raya pada orang lain. Aku lagi masih dapat duit raya, tapi kali ni paling sikit. Tak sampai RM20 pun kali ni raya. Kalau macam raya tahun lepas, sampai juga seratus juga tu. Hehe.

Teringat aku zaman kecik dulu, sebelum duit kertas seringgit diperkenal. Tak ada duit kertas RM1. Jadi paling koman pun orang kasi RM2, sebab tu duit kertas paling rendah ada di pasaran. Gi raya 5 buah rumah dapat RM10 dah, untung weh. Haha. Berbaloi gi rumah orang, w/p rumah orang tak kenal. Tapi lepas gomen kasi keluar duit kertas seringgit, semua orang pastu kasi duit seringgit. Orang kasi duit kertas dalam sampul angpau, jadi tak nampak sangat jumlah duit dalam tu. Sebab tu pakai duit kertas. Kalu pakai syiling awal2 lagi dapat agak dah berapa.
Wah, menyesal aku simpan janggut. Padan muka, kan dah dapat duit rayaa tu?

Benda berharga yang tidak kita inginkan..




Kadang kadang, rajin juga aku mendapat hadiah. Tapi ia tak disebut hadiah, tapi disebut pemberian. Jadi rasa terima kasih itu kurang.

Mungkin juga sebab ada dua keadaan. Hadiah perlu diiringi dengan rasa terkejut, suprise, dan perlu sikit upacara berterima kasih. Maksud aku kena ada upacara tidak formal, kena ada bersalam dulu, cium tangan, suara nada terkejut..

Pemberian tu biasa saja, seumpama yang kamu dapat hari hari. Macam makanan, diskaun pembelian, atau ilmu yang diajar hari hari dalam kuliyah atau dalam kelas. Disebabkan sudah biasa sangat, kamu tidak menganggapnya sebagai hadiah, sebaliknya menganggapnya sekadar pemberian saja. Walaupun nilai pemberian itu kadang kadang lebih besar dari nilai hadiah. Tapi penghargaan terhadap menerima pemberian secara dasarnya kurang jika berbanding hadiah.

Jadi kesimpulan disini semuanya berkait dengan rasa berbaloi atau tidak.


----------------
Hadiah paling tinggi saya dapat – saya malu nak cerita tapi takpa lah saya cerita sebab kamu semua tak kenal saya – adalah seutas beg sandang Mont Blanc. Harganya sama dengan harga sebuah motorsikal Yamaha LC. Mont Blanc ni macam beg Chanel, Gucci atau LV versi jantan – jenama branded juga. Saya tak pernah dapat hadiah mahal gini, jadi saya suka sangat. Kamu juga tentu pernah dapat hadiah yang lebih mahal, jadi apa yang saya dapat tu sedarhana sangat sebenarnya. Tapi saya bangga sebab yang kasi hadiah tu adalah ayah saya sendiri– dia mendapatnya sebeagai insentif jualan syarikat tempat dia bekerja. Dia boleh memakai untuk diri sendiri jika dia mahu, tapi memilih untuk kasi pada saya. Jadi sebab rasa menghargainya lebih lagi dari orang disayang – saya memakainya tiap kali ke kuliah.

Hadiah saya pada awek saya? Haha, saya mana ada awek tuan..







September 18, 2010

Deactive Facebook atau nak padam terus?



Untuk betul-betul padam Facebook, sila klik pada link ini:

https://ssl.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account

Facebook buatkan kita amat sukar untuk batalkan akaun sebab mereka licik tak mahu kita padam. Kebanyakan orang hanya "deactivate" akaun, bermakna ianya tidak dipadam sebaliknya hanya dinyahaktifkan (segala maklumat dan data masih disimpan oleh Facebook dan boleh diaktifkan semula apabila kita login.)



Sebab tu facebook terus claim ada lebih 500 juta users. Aku rasa kalau dia senangkan cara pengguna memadam akaun, mungkin jumlahnya tak sampai seramai tu. Taktik yang sangat licik untuk menarik investor.

Bila akaun dipadam untuk selama-lamanya, ia akan hanya betul hilang selepas 14 hari. Sementara itu kita akan tetap terima email dari Facebook kononnya ada tags, requests, dsbnya, dan jika kita lupa yang kita telah padam akaun, kita akan terus login, dan secara automatik akaun akan diaktifkan semula.

Licik permainan geng-geng Mark Zuckerberg ini.

Saja mahu kongsi pengalaman.

Wassalam



----------------------


Disalin dan diubahsuai dari sumber

September 17, 2010

Si Compaq yang bertukar jadi Leopard. Aummm..

Aku baru saja memakaikan laptop aku dengan kulit baru. Coraknya kulit Leopard. Jadi aku merasa aku patut namakannya Bintang Tarung.


                                Aum.. nampak gagah, perkasa dan maskulin.

Bila awak nak gunakan benda tu?



Ni sebahagian nota BI. Mungkin ada menfaat. Aku pun sokmo keliru antara In dengan At.

Bila nak guna AT?

  1. Spesific place (I live at Pahang)
  2. An exact address (I will be at bus station at nine)
  3. Shop (She is at supermarket now)
  4. Organized social event (at Steve's party)
  5. A place on a journey (We stopped at Kemaman on the way home)

Bila nak guna IN?

  1. A country (She is in Thailand now)
  2. City, town, village (She is in Manila now)
  3. A road (Josephine live in Sesame's Street)

Teringin buat rumah di tepi pantai..






Aku paling suka jalan dari Dungun ke Kuala Terengganu, merentasi daerah pantai Marang. Pantai dia cantik dan berangin, sangat cantik jika hari cerah petang. Jika aku menaiki bas ekspress dari Kuantan ke Kuala Terengganu, aku memilih tidak mau tidur. Sebab aku tak sanggup terlepas tengok pemandangan ni.

Kawasan dia tak teratur, maklumlah merentasi kawasan kampung. Daun kelapa bersepah sepah, rumah pun bukan semua sempurna. Ada rumah banglo yang lawa, ada rumah kayu yang uzur dan tidak bercat.

Dari jauh kau bisa nampak bukit bukau, hutan. Jika kau pandang kanan, kau bisa nampak pantai. Aku suka ton warna pemandangan pantai. Bermula dari warna hijau (rumput), warna putih (pasir), biru tua (gigi laut), akhir sekali biru kehijauan (tengah laut). Jika kena tempatnya, kau bisa nampak Pulau Kapas. Pulau kapas dengan tanah besar ni dekat saja, berenang pun boleh. Tiap tahun ada ada pertandingan berenang dari Tanah besar ke pualu kapas. Biasanya orang putih laa yang selalu menang.

Aku teringin nak buat rumah tepi pantai. Best kalau tiap petang dapat tidur dan bermalas malas tepi pantai. Takda orang nak larang, sebab dalam kawasan rumah sendiri. Petang petang bolih duduk atas pondok kayu, sambil minum kopi dengan dua istri. Sweetnya..auww..






September 14, 2010

Uzurnya Nik Aziz sekarang..




Saya pernah ke rumah Tuan Guru, tapi tak sampai masuk ke dalam lah... Cuma sekadar masuk ke kawasan sekolah tahfiz tu saja. Rumahnya warna hijau keseluruhan, tidak cantik pun. Tapi agak besar, dua tingkat. Jika kau datang ke Pulau Melaka, Kelantan, jum la melawat tempat sekolah tahfiz Nik Aziz ni.

Saya juga pernah jumpa tuan guru secara live, tapi tengok dari jauh saja. Jadi tak dapat tilik dengan jelas wajah beliau. Bersalam dengan beliau saya pernah sekali tapi masa tu saya tunduk hormat, jadi sekali lagi tak dapat tilik rupa tuan guru dengan jelas. Jadi tak cerdik juga saya tu. haha

Kemarin petabalan Tuanku Faris Petra sebagai sultan baharu Kelantan, jadi Tuan Guru sebagai MB ada kasi ucapan. Jurukamera zoom sedekat dekatnya ke wajah Tuan Guru.

Oh tuhan, uzurnya Tuan Guru sekarang.. Saya baru nampak wajah Tuan Guru dengan jelas. Rupa macam penat, letih.. semua ada. Sebelum ni dalam suratkhabar, blog, poster pilihanraya semuanya pakai gambar Tuan Guru masa muda. Hensem tok guru time muda, ada juga manis. Tapi kelmarin saya lihat kasihan, bertutur pun satu satu.


----------
Takpa, Nik Aziz kerja keras, semua orang suka hati.


September 3, 2010

Al-Sultan dan Feudalisme moden






Ini adalah pemerhatian aku, maafkan aku jika aku silap. Aku sudah perasan benda ni agak lama. Secara ringkas, aku bahagikan sultan sultan kepada 2 kategori. Sultan yang diputerakan sebelum merdeka dan sultan diputerakan pasca merdeka.

Sultan lahir sebelum merdeka sangat kuat feudalisme eksklusifnya. Mereka akan bercakap menggunakan ganti nama Beta, tuanku, bersiram dll. Walaupun dengan sanak saudara sendiri. Ini menjadikan sistem beraja zaman itu sangat elit dan berada di kelas tersendiri.

Berbeza dengan sultan lahir selepas merdeka. Sultan pasca-merdeka malahan ada menggunakan kata ganti nama biasa, seperti 'Saya', 'kawan' dan 'Kita' ketika bertemu rakyat. Aku mendengarnya di TV ketika kembara Tengku Mahkota Johor. Walaupun ia tidak lagi menonjolkan sifat eksklusif seorang As Sultan, bagaimanapun bak kata pepatah Ular menyusur akar takkan hilang bisanya.

Daulat Tuanku.



simple navigation

Followers