Sini adalah senarai 7 jenis software pelengkap yang sangat berguna kepada pengguna akhir, meskipun ringkas. Software ini termasuk dalam kategori ‘freeware’, iaitu boleh digunakan secara percuma dan boleh dikongsikan, dengan syarat penggunaannya hendaklah tidak bersifat keuntungan.
Kesemua perisian yang tersenarai bersaiz kecil iaitu kurang 10Mb, dan biasanya aku akan bawa kemana sahaja dengan menyimpannya dalam satu pendrive. Dengan cara ini, lebih senang untuk berkongsi.
Semoga bermanfaat.
Senarai software yang saya rekomen
1. Kamus 2.04 by Ebta Setiawan
1. Kamus 2.04 Ebta Setiawan
Download (3.0Mb)
2. Shollu 3.09 Ebta Setiawan
Satu lagi software berguna dari Mas Ebta. Shollu adalah satu perisian Islamik, yang memberi peringatan waktu solat, mesej dan maklumat kepada pengguna sekiranya telah masuk waktu. Terutama yang kerjanya mengadap komputer, dah tentu ini sangat berguna bagi mengelakkan terlajak waktu solat sebab ralit. : )
Download (saiz 3.4Mb)
3. Glary Utilities
Ini adalah perisian percuma yang kualitinya setaraf perisian berbayar. Fungsinya adalah membaiki, optimize, membersih dan maintainance sistem dalaman komputer. Juga dilengkapi dengan pelbagai tools, seperti mengesan duplicate file dan shredder. Boleh meningkatkan prestasi sistem komputer.
Download (8.2 Mb)
4. Ccleaner
Fungsi Ccleaner sama dengan fungsi Glary Utilities. Cuma kurang tools sahaja. Namun kelebihannya adalah keupayaan untuk scan dengan pantas, berbanding Glary Utilities.
Download (3.8Mb)
5. GIMP 2.8
GIMP adalah perisian alternatif kepada Adobe Photoshop. Berprestasi tinggi, dan banyak digunakan untuk mengedit gambar dan pelbagai fungsi grafik yang lain. Agak berat jika digunakan dalam sistem OS Windows.
Download (78Mb)
6. Paint.NET
Ini boleh dikatakan adik kepada GIMP, sesuai digunakan untuk mengedit gambar dan pelbagai tugasan grafik yang asas. Ia sebenarnya dibangunkan untuk menggantikan perisian Microsoft Paint. Sangat berguna sebab saiznya ringan, boleh diharap dan berprestasi tinggi. Setiap blogger perlu ada Paint.Net sebab ia penuhi keperluan.
Download (3.5Mb)
7. AIMP
Kepada pengguna Apple iTunes atau winamp, boleh lah bertukar kepada AIMP ni. AIMP adalah satu software music jukebox, sku suka AIMP sebab kualiti audionya. Sangat jelas – crystal clear audio. Bass pun kuat… J
Download (7.6Mb)
-------------
1. Kamus 2.04 by Ebta Setiawan







